Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat datang ke kehidupan aku dengan memori yang tidak aku lupakan dengan pelbagai ragam & kerenah...
Twingtwing!!!

Thursday, December 31, 2009

30 disember 2009

kelas pagi dan berakhir ptg
tpegun dapat lect muda lebih2 lagi muda orgnya
ana sgt excitect n teruja
hahahhahahahahahha
bilik meriah dgn gelak tawa rakan2ku

Wednesday, December 30, 2009

29 disember 2009

hanya melepak dibilik saja....
memang membosan kan arini..hehehehe

Monday, December 28, 2009

28 disember 2009

pagi kelas dah bermula...
pergi jitra tuk amik motor...
sedih sungguh ngan keadaan motorku itu
brek kanan bengkok dan handle belok...tak best
org yg bt mcm xbesalah je upanya
mmmmmmmmmmmmmmgeram je rasa...

27 disember 2009

arini aku balik ke kampus ngan bas
beg bleh tahan berat dan banyak...
sampai kat kolej amik kotak dan start mengemas barang...
penat sungguh....

26 disember 2009

ari ni ikut g padang kota,ikut jual kek kat cna
mcm2 ragam ada kat cna
dorg menjual secara haram,bla ada mppp dtg dorg tpaksa ttp
kat c2 mmg tak putus ngan pengunjung...lebih2 lagi waktu malam..
lepas bjual ktorg p batu feringgi...tempat mcm pantai cenang...mcm tmpt org putih pun ada.bebas
balik terus tdo kepenatan...hehehe

Saturday, December 26, 2009

malam yang syahdu

malam yang sunyi tanpa ditemani oleh bintang-bintang yang berkelipan...
awan yang berarak mendung menami perjalanan...

Friday, December 25, 2009

ari ni duk kat umah,makan bsama family

Thursday, December 24, 2009

so sweet

hari ni aku bangun dikejutkan oleh ayah..
macam zaman sekolah dulu2..hehehehe
then kami 3 beradik g ke kedai telefon tuk mgambil telefon ablong
sampai makteh pun tkejut kitorang bleh g basama2
yelah besenye kitorng ni gaduh2 mesra g2
hahahaha

22 disember 2009

siang,cari barang nak balik kampus..

malam lepak ngan ezah,farah,alya,adik di gelas besar!
untuk meraikan farah yang bepindah ari ni ke kelantan......

20 disember 2009

dah nak balik kuantan

19 disember 2009

still in kelantan...
to find rent house for angah went she work there..
but it is so diffult becoz she want house at 'taman'
so many time are waste wif stay at 1 house...

18 disember 2009

hari ini aku ke kelantan bersama angah ruby,bob(bf angah),mey,imran,azim & adam (sepupu azim)
dalam pejalan dgn penuh gelak ketawa...
perjalanan ke kelantan tak berapa elok,disebabkan ujan.
sampai di kelantan lepak di tanah merah (umah ayahcik) sambil menunggu magrib.
then, gerak ke kubang kerian utuk hantar adam ke rumah neneknya di Baung Bayan,
adam i so funny,,,
adam sebagai penunjuk jalan dan yg kelakarnya setiap lalu di kwasan umh, adam mengatakan e2 adalah rumah kawan neneknya..hehehe
masih teringat2 lagi kelatahan adam....

hari ini

tinggal 1 mlm lagi tuk berada dirumah.
time2 ni la rasa tak mau balik ke kampus...bjumpa kawan2 yg kadang2 mendatangkan masalah kpd aku...
barang dah siap di beli n
ready to go back to campus....

Tuesday, September 15, 2009

hari ini

kenapa la hari ni sangat2 tension
mcm2 je xkene
serabut je pikiran...
ish...
semua xkene.mood xde
assgment dah semakin bertambah

Wednesday, September 2, 2009

1 september 2009

PEREMPUAN IBARAT MAKANANA YANG DISIMPAN DIDALAM BEKAS YANG BERTUTUP
APABILA TERBUKA AKAN DIHINGGAP LALAT MAKA AKAN TERCEMAR LA DIA....

Monday, July 13, 2009

duit

buat pertama kali nye aku menjadi seorang yang penjimat sehinggakan makan pun terpaksa dicatukan
duit pinjaman masih belum masuk,jd aku terpaksa simpan duit tuk kegunaan yang penting
mau mintak dengan makayah tak sampai hati, simpanan dorang pun tak banyak...
bila la duit mau masuk ya???
mmg tengah kering gle. nak beli buku rujukan pun terpaksa tangguh...

julai

buka sem baru, hubungan aku dgn kwn2 sudah menjadi baik
fety akhirnya memaafkan aku dan dia pun mintak maaf dengan aku
aku sudah tak mau memikirkan hal2 yang remeh lagi
e2 semua akan menyebabkan aku tension.
kawan bukanya sorg tp masih ramai lg....

aku harap masalah yang berlaku sebelum ni tak akan berlaku lg pada akan dtg
effect nya akan terjadi pada aku
hahahahahaha

tak dapat dilupakan

tiap kali aku balik kelantan mesti aku jumpa dengan dia
macam xde ape yang berlaku
pelik! tp e2 la yang berlaku...

e2 la yang membuatkan aku menjadi rindu padanya

perpisahan










akhirnya hubungan aku dengan dia tak dapat diselamatkan
setelah 4 taun bersama,pepisahan yang datang
impianku musnah, disebabkan org ke3...
kenangan yang amat pahit yang perlu aku tempuhi sebagai seorang manusia
tak semestinya gembira selalu...
aku terima segalanya dan agak terkilan dengan perpisahan ini kerana terlalu banyak yang telah aku korban kan.
betul la kate org,cinta itu buta.. semasa bersama semuanya indah, setelah berpisah semua menjadi kengan pahit
bertapa bodoh aku dalam bercinta...

Saturday, March 7, 2009

I wish that girl was me

I close my eyes and let my mind see
The picture of a girl, who lok like me
But it's is different version
From the actualy me
Her eyes are sparkling with confidence
And she can grab any dreams
Hovering in her eyes.
She is shining like a golden star
No darkness would rise
She is standing on the top of highest mountain
And everyone is kneeling
Praising her like queen.
She is no more girl
Who like to hide in the dark
And let her dreams to fly away like
The flock of birds
She is the girl who grabs her dreams
And create the highest mountain
For her to stand there with glee
I wish that girl was me...

Monday, March 2, 2009

...

KEHIDUPAN

Kehidupan
Kau umpama roda
Kadangkala diatas
Kadangkala di bawah
Kadangkala susah
Kadangkala senang
Kehidupan aku mengerti hakikatmu
Yang mendambakan seribu pengorbanan
Kepayahan, kesungguhan dan keampunan
Akan ku tempuhi mu
Dengan sabar dan reda

Semoga dengan keizinan yang Maha Esa
Dapat la kita rasai
Bahawa hidup ini
Lebih bermakna jika
Dipenuhi dengan perasaan kasih sayang
Dan kegembiraan

Hidup
Moga kau akan mengajarku
Lebih banyak lagi tentang kehidupan
Mungkin esok
Akan meninggalkan seribu satu
Kenangan suka dan duka
Kita di bumi ini




KEINSAFAN

Segaris sinar
Menyentuh hati batu
Membawa kea lam yang nyata
Membangkitkan dari lena
Dibuai arus mimpi yang menyesatkan
Tuhanku…
Tangisanku memecah kesunyian
Kitab suci Mu ku buka kembali
Kutatap helaian demi helaian
Ku baca ayat demi ayat
Betapa keinsafan merayap di ruang hatiku
Tembok keegoaan untuh seiring air mata
Dan, insan kerdil ini mencari
Erti kehidupan sebenarnya
Yang telah lama kutinggalkan,
Tuhanku…
Setelah aku sedar dari mimpiku
Aku sujud kepada-Mu
Aku bangkit dari kejahilan
Yang mencengkam hati dan perasaanku
Tuhanku…
Aku masih berhutang budi mengenangkan
Kebesaran-Mu
Anugerah-Mu tiada taranya
Sesungguhnya aku pasrah
Pasrah di sisi Tuhan





KEBAHAGIAAN

Andainya ada sebuah kerinduan
Biarlah sepanjang hayat
Andainya ada pertemuan
Biarlah sepanjang usia

Perhubungan yang baik
Akan berkekalan
Oleh itu corakkannya
Dengan sebaik yang mungkin
Agar perpisahan tidak berlaku

Bertolak ansur perlu di semaikan
Serikan perhubungan dengan kemesraan
Dan kasih sayang yang berpanjangan
Agar perhubungan akan berkekalan

Sunday, March 1, 2009

kehidupan baru

Permulaan aku sebagai Pelajar UUM

Hari mendapat kepetusan untuk masuk U aku berada di Kelantan. Pagi-pagi chiewleng telefon aku untuk bertanyakan aku dapat tawaran masuk U atau tidak. Dia sudah semak dan ditempatkan di UUM bersama meilay. & peiying di UPM. Manakala pizan di UM & khairul di UMS..
Aku sudah tak sabar2 untuk semak yang aku pula. Aku cuba semak melalui sms dah dibalas dengan mengatakan aku mendapat tawaran di UUM.
Mengalir air mata ku semasa memberi tahu makayah. kwn memberi semangat kepadaku dan aku pun mahu dia menghabiskan pelajarannya. Aku balik ke Kuantan dengan hati yang gembira
Masa untuk membuat persediaan terlalu singkat dan aku hanya membuat mana yang sempat sahaja, ayah turut mengadakan kenduri kesyukuran untuk aku disamping mengadakan kenduri arwah untuk wan & tokki.
Kali pertama aku menjejaki kaki di UUM. Sangat teruja dan bangga aku rasakan.aku dapat buktikan pada sedara mara, aku juga boleh masuk U. Aku membawa harapan makayah & tokki yang inginkan aku berjaya. Semua ahli keluarga ku menghantar aku termasuklah keluarga ayahteh & pakitam. Semasa perjalanan dari umah ayehteh aku rasakan sangat jauh kerana UUM berada di kawasan hutan dan agak terpencil dari kawasan bandar. Semasa pendaftaran di dewan Petronas sudah ramai yang datang mendaftarkan diri.
Orang pertama yang aku jumpa adalah Su, orang Johor semasa ingin mendaftarkan diri di dewan. Setelah mendaftarkan diri & dapat kunci bilik aku pergi mendapatkan family ku untuk menghantar barang di bilik yang telah ditetapkan. Aku ditempatkan di blok H215. keadaan blok pada masa itu agak kotor terutamanya toilet, mungkin lama ditinggalkan. Aku ditempatkan bersama liza,orang teluk intan.
Maklah yang megemas bilik aku kerana aku ada perjumpaan di dewan.agak sedih untuk berpisah ngan makayah,bukan tak biasa berjauhan tetapi rasanya lain.
Pelbagai aktiviti yang dilakukan sepanjang orentasi yang berlangsung selama seminggu kat UUM. Aku ditempatkan 1 group dengan liza,ezi,ana,wan,weying,hooiting,amin,lau,lia dan fasi kitorang kak nisa. Kitorang diberi pendedahan denga keadaan belajar di UUM dan melawat keadaan sekeliling di UUM. Semasa di dewan mas lah baru semua student sem 1 berkumpul ramai-ramai. Sangat penat menempuhi minggu orentasi tetapi sangat seronok sebab nilah kenangan sebagai seorang pelajar U.
Setelah seminggu menempuhi hari orentasi, kolej sudah dipenuhi dengan senior kerana kelas sudah bermula pada ari ahad berikutnya. Ramai kenalan baru yang aku dapat di sini yang sama kos & tak sama kos. Semasa perjumpaan aku berkenalan dengan linda,fetie,zila,ain,huda,su,dayah,nis,lia,kinah, yizhen,siow,nurli,ida,zie,rin,yat,kak ann,kak kinah dan beberapa senior yang aku kurang pasti namanya.
Kebanyakan mereka sama sem dengan aku. Aku juga rapat dengan nabila,sering bersama semasa orentasi.
Maka bermulalah kehidupan aku di UUM sebagai pelajar sarjana muda dalam keusahawan…

Saturday, February 28, 2009

nukilan -februari-

Love doesn’t make the world go round
Love is what make the ride worth while
 
Saya belajar
Bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain untuk mencintai saya
Saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya cintai.
 
Saya belajar
Bahawa persahabatan sejati sentiasa bertumbuh
Walau dipisahkan oleh jarak yang jauh
Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati.
 
Saya belajar
Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang saya inginkan
Buka bererti bahawa dia tidak mencintai saya.
 
Saya belajar
Bahawa orang yang saya kira adalah orang yang jahat
Rupanya adalah orang yang membangkitkan semangat hidup saya kembali
Serta orang yang begitu perihatin pada saya.
 
Saya belajar
Bahawa sahabat terbaik bersama saya dapat
Melakukan banyak perkara dan kami selalu memilih waktu terbaik
Saya belajar
Bahawa orang-orang yang saya kasihi
Sering diambil segera dari kehidupan saya
 
Saya belajar
Bahawa butuh waktu bertahun-tahun
Untuk membangunkan kepercayaan
Dan hanya beberapa detik sahaja untuk menghancurkannya
 
Saya belajar
Bahawa kata-kata manis tanpa tindakan
Adalah saat perpisahan dengan orang yang saya cintai
 
Saya belajar
Bahawa sebaik-baiknya pasangan itu
Mereka pasti pernah melukan perasaan saya
Dan untuk itu saya harus memaafkannya
 
Saya belajar
Bahawa saya punya hak untuk marah
Tetapi bukan bererti saya harus membenci dan berlaku bengis
 
Saya belajar
Bahawa saya harus memilih
Adakah menguasai sikap dan emosi
Atau sikap dan emosi itu menguasai saya
 
Saya belajar
Bahawa tidak ada yang menarik atau serba pantas didunia
Semua butuh waktu kecuali saya ingin sakit hati
 
Saya belajar
Bahawa dua manusia dapat melihat sesuatu benda
Tapi kadang-kadang dari sudut pandangan yang berbeza
 
Saya belajar
Bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki
Tetapi yang penting adalah sesiapa saya yang sebenarnya
 
Saya belajar
Bahawa lingkungan dapat mempengaruhi peribadi saya
Tetapi saya harus bertanggungjawab untuk apa yang telah saya lakukan
 

perubahan

Kenapa selepas hari itu banyak yang berlaku.Macam ada sesuatu yang tak kena.
Sebelum dapat semuanya manis dan hepi tapi selepas ada kata putus terus macam-macam perangai yang ditonjolkan.
Dimana silapnya itu. Adalah salah dalam membuat penilaian? Aku masih tidak paham kenapa demikian.
Belum sampai sebulan tapi sudah macam-macam.
Sehinggakan aku geram dan boring dengan keadaan begini. Kalau xnak terus terang aku tak kisah kerana dia yang mulakan.
Sebelum terlewat baik rungkaikan apa yang tidak berkenan dihati.tidak perlu kenangan lama berulang lagi. Dia pun penah mengalami seperti apa yang pernah aku alami.
Semakin hari semakin teruk.aku jadi tiada teman untuk bercerita.sehinggakan aku sering teringatkan kisah aku sebelum ini,menyebabkan akan menjadi seorang perindu...

Dia tau aku seorang yang macam mana dan dia dah memohon maaf kepada aku kerana mengabaikan aku.tapi tiada perubahan. Masih sama macam dulu.
Aku tak paham, kita sama-sama belajar tapi dia terlalu sibuk. Katanya dia memegang amanat orang tuanya tuk masa depan bersama…