Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat datang ke kehidupan aku dengan memori yang tidak aku lupakan dengan pelbagai ragam & kerenah...
Twingtwing!!!

Sunday, March 1, 2009

kehidupan baru

Permulaan aku sebagai Pelajar UUM

Hari mendapat kepetusan untuk masuk U aku berada di Kelantan. Pagi-pagi chiewleng telefon aku untuk bertanyakan aku dapat tawaran masuk U atau tidak. Dia sudah semak dan ditempatkan di UUM bersama meilay. & peiying di UPM. Manakala pizan di UM & khairul di UMS..
Aku sudah tak sabar2 untuk semak yang aku pula. Aku cuba semak melalui sms dah dibalas dengan mengatakan aku mendapat tawaran di UUM.
Mengalir air mata ku semasa memberi tahu makayah. kwn memberi semangat kepadaku dan aku pun mahu dia menghabiskan pelajarannya. Aku balik ke Kuantan dengan hati yang gembira
Masa untuk membuat persediaan terlalu singkat dan aku hanya membuat mana yang sempat sahaja, ayah turut mengadakan kenduri kesyukuran untuk aku disamping mengadakan kenduri arwah untuk wan & tokki.
Kali pertama aku menjejaki kaki di UUM. Sangat teruja dan bangga aku rasakan.aku dapat buktikan pada sedara mara, aku juga boleh masuk U. Aku membawa harapan makayah & tokki yang inginkan aku berjaya. Semua ahli keluarga ku menghantar aku termasuklah keluarga ayahteh & pakitam. Semasa perjalanan dari umah ayehteh aku rasakan sangat jauh kerana UUM berada di kawasan hutan dan agak terpencil dari kawasan bandar. Semasa pendaftaran di dewan Petronas sudah ramai yang datang mendaftarkan diri.
Orang pertama yang aku jumpa adalah Su, orang Johor semasa ingin mendaftarkan diri di dewan. Setelah mendaftarkan diri & dapat kunci bilik aku pergi mendapatkan family ku untuk menghantar barang di bilik yang telah ditetapkan. Aku ditempatkan di blok H215. keadaan blok pada masa itu agak kotor terutamanya toilet, mungkin lama ditinggalkan. Aku ditempatkan bersama liza,orang teluk intan.
Maklah yang megemas bilik aku kerana aku ada perjumpaan di dewan.agak sedih untuk berpisah ngan makayah,bukan tak biasa berjauhan tetapi rasanya lain.
Pelbagai aktiviti yang dilakukan sepanjang orentasi yang berlangsung selama seminggu kat UUM. Aku ditempatkan 1 group dengan liza,ezi,ana,wan,weying,hooiting,amin,lau,lia dan fasi kitorang kak nisa. Kitorang diberi pendedahan denga keadaan belajar di UUM dan melawat keadaan sekeliling di UUM. Semasa di dewan mas lah baru semua student sem 1 berkumpul ramai-ramai. Sangat penat menempuhi minggu orentasi tetapi sangat seronok sebab nilah kenangan sebagai seorang pelajar U.
Setelah seminggu menempuhi hari orentasi, kolej sudah dipenuhi dengan senior kerana kelas sudah bermula pada ari ahad berikutnya. Ramai kenalan baru yang aku dapat di sini yang sama kos & tak sama kos. Semasa perjumpaan aku berkenalan dengan linda,fetie,zila,ain,huda,su,dayah,nis,lia,kinah, yizhen,siow,nurli,ida,zie,rin,yat,kak ann,kak kinah dan beberapa senior yang aku kurang pasti namanya.
Kebanyakan mereka sama sem dengan aku. Aku juga rapat dengan nabila,sering bersama semasa orentasi.
Maka bermulalah kehidupan aku di UUM sebagai pelajar sarjana muda dalam keusahawan…

No comments:

Post a Comment