Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat datang ke kehidupan aku dengan memori yang tidak aku lupakan dengan pelbagai ragam & kerenah...
Twingtwing!!!

Saturday, February 28, 2009

nukilan -februari-

Love doesn’t make the world go round
Love is what make the ride worth while
 
Saya belajar
Bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain untuk mencintai saya
Saya hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang saya cintai.
 
Saya belajar
Bahawa persahabatan sejati sentiasa bertumbuh
Walau dipisahkan oleh jarak yang jauh
Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati.
 
Saya belajar
Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang saya inginkan
Buka bererti bahawa dia tidak mencintai saya.
 
Saya belajar
Bahawa orang yang saya kira adalah orang yang jahat
Rupanya adalah orang yang membangkitkan semangat hidup saya kembali
Serta orang yang begitu perihatin pada saya.
 
Saya belajar
Bahawa sahabat terbaik bersama saya dapat
Melakukan banyak perkara dan kami selalu memilih waktu terbaik
Saya belajar
Bahawa orang-orang yang saya kasihi
Sering diambil segera dari kehidupan saya
 
Saya belajar
Bahawa butuh waktu bertahun-tahun
Untuk membangunkan kepercayaan
Dan hanya beberapa detik sahaja untuk menghancurkannya
 
Saya belajar
Bahawa kata-kata manis tanpa tindakan
Adalah saat perpisahan dengan orang yang saya cintai
 
Saya belajar
Bahawa sebaik-baiknya pasangan itu
Mereka pasti pernah melukan perasaan saya
Dan untuk itu saya harus memaafkannya
 
Saya belajar
Bahawa saya punya hak untuk marah
Tetapi bukan bererti saya harus membenci dan berlaku bengis
 
Saya belajar
Bahawa saya harus memilih
Adakah menguasai sikap dan emosi
Atau sikap dan emosi itu menguasai saya
 
Saya belajar
Bahawa tidak ada yang menarik atau serba pantas didunia
Semua butuh waktu kecuali saya ingin sakit hati
 
Saya belajar
Bahawa dua manusia dapat melihat sesuatu benda
Tapi kadang-kadang dari sudut pandangan yang berbeza
 
Saya belajar
Bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki
Tetapi yang penting adalah sesiapa saya yang sebenarnya
 
Saya belajar
Bahawa lingkungan dapat mempengaruhi peribadi saya
Tetapi saya harus bertanggungjawab untuk apa yang telah saya lakukan
 

perubahan

Kenapa selepas hari itu banyak yang berlaku.Macam ada sesuatu yang tak kena.
Sebelum dapat semuanya manis dan hepi tapi selepas ada kata putus terus macam-macam perangai yang ditonjolkan.
Dimana silapnya itu. Adalah salah dalam membuat penilaian? Aku masih tidak paham kenapa demikian.
Belum sampai sebulan tapi sudah macam-macam.
Sehinggakan aku geram dan boring dengan keadaan begini. Kalau xnak terus terang aku tak kisah kerana dia yang mulakan.
Sebelum terlewat baik rungkaikan apa yang tidak berkenan dihati.tidak perlu kenangan lama berulang lagi. Dia pun penah mengalami seperti apa yang pernah aku alami.
Semakin hari semakin teruk.aku jadi tiada teman untuk bercerita.sehinggakan aku sering teringatkan kisah aku sebelum ini,menyebabkan akan menjadi seorang perindu...

Dia tau aku seorang yang macam mana dan dia dah memohon maaf kepada aku kerana mengabaikan aku.tapi tiada perubahan. Masih sama macam dulu.
Aku tak paham, kita sama-sama belajar tapi dia terlalu sibuk. Katanya dia memegang amanat orang tuanya tuk masa depan bersama…