Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat datang ke kehidupan aku dengan memori yang tidak aku lupakan dengan pelbagai ragam & kerenah...
Twingtwing!!!

Wednesday, May 28, 2014

12mei2014

Pada tarikh ini, tepat jam 1040pm ayah telah meninggalkan kami semua. Diatas katil dibilik icu kpj damansara ayah menghembus nafas yang terakhir. Runtuh jiwa raga kami semua menerima kenyataan ini.. 
Ya Allah, besar dan berat sungguh dugaanmu kepada kami. berilah kami kekuatan menghadapi dugaan ini untuk hari-hari mendatang.

Mak, kita kuat untuk mengharungi dugaan ini. semoga allah gantikan sesuatu yang lebih baik. ablong,angah,adik,nisa dan dayyan akan bersama mak dalam perjalanan hidup ini. sama-sama kita berdoa dan tidak tinggalkan segala suruhan Allah dan apa yang ayah telah ajar kita terapkan. yang paling utama solat dan alQuran

Ayah, kami rindu. semoga segala amal ibadat ayah semasa hidup diterima Allah dan ditempatkan bersama golongan yang beriman.. Angah minta ampun atas segala dosa yang telah angah lakukan selama ini yang nampak mahupun tersembunyi tanpa pengatahuan ayah. Nantikan kami di sana.

Ya Allah, engkau ampunkanlah segala dosa ayahku, Md Mukhtar bin Ibrahim.Kau tempatkannya bersama golongan yang beriman, kau luaskan kuburnya dan jauhkan dari seksaan kubur dan api neraka.
Ya Allah, kau cucuri roh ayahku, tokki,wan, along, kakak pijah, sedarau maraku, dan semua umat islam yang telah meninggal dunia, tempatkn mereka bersama golongan yang beriman.

No comments:

Post a Comment