Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Twingtwing!!!
Friday, July 11, 2014
Saturday, June 28, 2014
Ramadhan
Bulan ramadhan kembali lagi.
Permulaan ramadhan tanpa ayah tercinta.
Bagaimana kami nak hadapi dugaan ini ya Allah.
Berilah kami kekuatan ya Allah terutama kpd mak..tabah la wahai ibuku.
Kami turut merasai kehilangan ini. Semoga ramadhan kali ini mengajar kita lebih tabah menghadapi ujianmu
Thursday, June 26, 2014
orang melayu
SEBAGAI umat Islam, saya amat hairan, pemimpin kita Melayu. Pembuat keputusan kita semua Melayu. Tetapi, pasal apa Melayu terus Melayu, lemah dan bermasalah dalam pelbagai bidang. Melayu hanya menjadi jaguh dalam kegiatan negatif. Tunjukkan kepada saya kekuatan Melayu!
Pertama, bidang pekerjaan. Melayu tidak mahu lagi menceburkan diri dalam bidang pekerjaan yang agak lekeh seperti buruh kasar dan tukang cuci. Tak glamor. Lebih 3 juta buruh asing mengambil alih tugas Melayu.
Kedua, bidang hiburan. Setakat ini amat kurang program hiburan yang mendidik. Melayu berhibur daripada program realiti bintang kecil sehinggalah bintang tua.
Semua program realiti akan berakhir Ramadan ini kerana pada kefahaman kita, ia bulan ibadat. Bagaimana pula bulan lain, dan kefahaman Islam jenis apakah ini?
Ketiga, bidang politik. Kita asyik berpecah. Ultra kiasu semakin bersatu. Sedar atau tidak, kita hanya ada 50 peratus. Apabila berpecah tiga, tidak mungkin kita boleh memerintah.
Malangnya, perpecahan semakin melebar. PRU14 adalah penentu nasib bangsa dan agama kita. Tunggu dan lihat, jika pengajaran tidak diambil.
Keempat, kita jaguh dalam segala aktiviti kemaksiatan iaitu gejala sosial, seks bebas dan sumbang mahram. Bukan bermakna bukan Islam tidak melakukannya.
Mereka pun banyak terlibat, mereka pandai makan, pandai simpan. Namun, mereka tidak sampai dirogol berkali-kali oleh 21 lelaki sehingga menjadi rekod dunia.
Kelima, bidang ekonomi. Ekonomi negara ini 70 peratus dikuasai bukan Islam. Maka tidak mustahil kita memakan DNA babi dan makanan tidak halal saban hari. Lihatlah bihun buatan ultra kiasu yang tersebar di laman sosial, cap Masjid lagi. Betapa kotor dan jijiknya. Ini baru bihun, belum yang lain.
Keenam, kita jaguh dalam aktiviti dadah dan dedah. Ultra kiasu menjadi penjual dan pengedar dadah. Kita menjadi penagih. Siapa yang kaya dan siapa yang rosak? Begitu juga pendedahan aurat sangat meloyakan. Contoh, syarikat penerbangan awam dan syarikat swasta.
Tidakkah boleh kita syaratkan pakaian mereka paling kurang, jika tidak menutup aurat, pakaian bersopan? Orang yang duduk di atas itu, adalah Melayu. Kenapa Melayu tidak selamatkan Melayu?
Ketujuh, kebanyakan stesen TV tidak berbayar, ketuanya semua orang Melayu. Tidak adakah rancangan hiburan yang lebih bersopan dan terkawal lirik dan aksinya?
Rancangan hiburan tidak ditentang tetapi biarlah sesuai dengan jati diri agama dan bangsa. Karpet merah dibuat pada waktu maghrib, solekan bermula sejak pagi lagi. Bilakah masa artis ini bersolat Zohor, Asar dan Maghrib?
Kelapan, berleluasa kegiatan judi, arak, pusat hiburan dan pelacuran. Kenapa bandar raya kita hidup 24 jam? Tidak banyak aktiviti yang mendidik. Kenapa jadi begitu? Siapa yang memberikan lesen semua ini?
Mudah sahaja menuding jari bangsa lain yang menyebabkan kita menjadi itu dan ini. Saya terus menjadi mangsa ultra kiasu dan musuh Islam yang lain. Tetapi siapa yang membenarkan mereka berleluasa? Betulkah semua itu salah mereka? Mereka hanya mengambil kesempatan.
Bak kata Dr Shukri Abdullah yang tersebar dalam laman sosial, siapakah yang menyebabkan Melayu mundur? Melayu alpa? Melayu merempit? Melayu ambil dadah? Melayu gila hiburan? Melayu asyik berkonsert.
Kita berkata, di mana Melayu boleh kawal, kenapa Melayu tidak kawal? Kenapa Melayu tidak kawal hiburan hingga melekakan remaja? Hingga kini, bukan saja remaja Melayu, mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan?
Masih ramai tidak bersolat dan tidak tahu bersolat. Apatah lagi untuk berjemaah di masjid. Siapa pemimpin tertinggi negara setakat ini di peringkat pusat dan negeri, termasuk ketua jabatan? Cina dan India?
Akhirnya, mari kita muhasabah diri. perbaiki bangsa kita, perbaiki amalan agama kita, perbaiki anak bangsa kita. Hanya Melayu Islam boleh menyelamatkan Melayu.
Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita. Itu salah kita selama ini. Usah beralasan lagi. Mari kita sama-sama cari jalan keluar. Ayuh! Bersatulah! sama-sama fikir dan renung, sebelum terlambat.
Wednesday, May 28, 2014
12mei2014
Thursday, May 8, 2014
Thursday, May 1, 2014
CICU
Sangat mencabar bagi kami dan ayah.
Pembedahan jantung sudah berjaya tetapi ari ke3 ayah disahkan stroke belah kiri.
Kesian mak..terkejut dan nasib baik mak boleh bertahan dan sakit mak tak menyerang.
Alhamdulillah.berkat doa,solat hajat semua saudara dan kenalan.ayah kuat untuk menentang kesakitan.
P/s ; semoga ayah cepat sembuh.insyaallah kita akan menunaikan umrah 1 family
Wednesday, April 30, 2014
Masih sama
I will try to write again.
Sunday, June 24, 2012
Sunday, May 27, 2012
hari pertama di madinah
sampai lagi aku ke tanah suci ni setelah 10tahun..
ari ni dapat masuk masjidnabawi, dulu pergi tak bekersempatan.
mengalir air mata..sayu
Saturday, May 26, 2012
hari terakhir
terima kasih semua ynag banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam menjalankan tugas yang telah diberikan,.
terutama sekali terima kasih kepada ustaz shukri, ain,kakfida, kakfasha, shikin, kak nori, kakrika,kakayu, fiza,cikzaini, mohsin dan nizam.
tak lupa kepada geng praktikal, adikusyg, fitriya dan azri..
saya sayang korang semua..
Saturday, May 19, 2012
Wednesday, January 18, 2012
last paper
Saturday, January 14, 2012
calonku
Duhai Calon Imamku yang Tertulis Di Lauhul Mahfudz yg masih Rahsia Allah...
Aku akan berusaha mencintaimu dalam setiap sujud gelap malamku,dalam setiap tasbih cintaku,Aku akan berusaha mencintaimu dalam diamku,tanpa harus merosak Izzah dan Marwah diriku,jagalah aku bila engkau benar mencintaiku kerana Allah...Kerana cinta tidak akan saling merusak tapi saling menjaga ,Cintailah aku tanpa harus mengurangi rasa cintamu pada Sang Khalik,bila saatnya nanti.. ku tunggu engkau dalam gerbang ke-halalan yang akan kita bina bersama,menjalani hidup dalam meraih redho-Nya..Sebelum itu tetapkanlah hatimu dan hatiku menjaga cinta yang kita bina kerana Allah .
Ingatkah tentang kisah Fatimah dan Ali,yang keduanya saling memendam apa yg mereka rasakan tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah karena dalam diammu tersimpan kekuatan,kekuatan harapan,hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yg diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata,bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba-Nya.
...
adakah kesemua perbuatan kita sehari2,niatnya hanya kerana mencari keredhaan Allah?jikalau bukan,maka jadilah kita orang2 yg sangat rugi..betulkan niat,belum terlambat.bukan mudah,tapi itulah mujahadah.bukan kemenangan yg diukur tetapi usaha yg dilabur.
jodoh
Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri) - Ustaz Azhar Idrus
CIRI-CIRI wanita hantaran RM10,000
1: Solat tidak tinggal
2: Menutup Aurat
3: Tidak pernah kapel
4: Jaga tingkahlaku
5: Pandai mengaji
6: Tahu hukum agama
7: Hafal quran
8: Pandai memasak
9: Pandai menjahit
Fakta : majoriti muslimah pernah couple. so pandai-pandailah kurangkan wang hantaran tu ye. hehehe. [H]..Ɨƚɑ"̮ Ɨƚɑ"̮ Ɨƚɑ"̮ Ɨƚɑ"̮ Ɨƚɑ
Tuesday, January 10, 2012
assigment yang terakhir
Monday, January 9, 2012
zaman kanak-kanak
Ingat x benda nie??
1-Kat skola ade salesman jual buku cerita. Hari ni bg list, esok mintak duit kt parents nk beli walaupun cerita buku tu dah tau.
2- Salesman jual air vitagen/susu pon camtu gak.Mesti nak beli walaupun dah tahu mak ayah pun boleh beli jugak kat kedai...
3-Kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gambar je. Tapi bile ade program Nilam, sibuk semua nak pinjam buku.Semata-mata nak penuhkan buku Nilam tu.
4- RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....
5-Pakai pensel box yg boleh bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2..
6-Main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. Padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
7- Pakai pembaris yg bergerigi,,yang kat dlm tu ade air.Pastu ade bende berkilat dlm air tu...
8- Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ade pemegang kat tgh2 tp x pernah nmpk cikgu pegang pn kat situ.
9-Bulu ayam jd ramping sebab sering dijadikan rotan.
10-Datang sekolah awal2 pagi,,pastu pinjam buku kawan sbb takot kene cikgu denda kalau x siap kerje sekolah.Mase tu mula lah tulisan macam cakar ayam!
11-Selalu je kene berdiri kat atas kerusi,x pun kat luar kelas sebab x buat homework.
12- Time pendidikan seni, lukis semua boleh...Cantik plak tu. Tapi bile time warna semua hampeh. Ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...
13- Main game 2D. Super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.
14-Beli buku peraduan lekat2 digimon laa... Habis satu buku siap lekat ngn sticker,,tp x mnng2 gk.
15- Cakap x takut BCG tp lepas inject poyo la pulak... Ade yg nangis2 plak tu..
16-Balik skola beli JoJo,,tak pun beli Dendang. Tora pon best gak. Beli semata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
17- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV boleh tembak alien tu..Tapi bile dah masuk darjah 5,6,,da upgrade ke ksut brtali / kasut yg ade gtah kt dpn tu.
18- Siri kartun Dragon balls, Power Rangers, Ultraman, Ninja turtles, Thundercats, Maskman,Gaban,Doraemon,Powerpuff Girls, dan mcm2 lg. Jangan lupe semua ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni..Asyik ngadap TV n PS je..
Kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu..Ni la baru zaman kita kawan2.. pas r kt member2 korang.... mesti diorg tersengeh2 bace mende nih.
Kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu..Ni la baru zaman kita kawan2.. pas r kt member2 korang.... mesti diorg tersengeh2 bace mende nih.